Monday, 3 April 2017

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Dungun (APRIL 2017)

A. CARA MEMOHON

i) Setiap permohonan hendaklah menggunakan Borang yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Perbandaran Dungun ATAU dengan menghantar sampul surat berukuran 22cm x 35cm yang bersetem dan beralamat sendiri ATAU dengan memuat turun daripada laman web http://mpd.terengganu.gov.my.

ii) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen berikut :

a) Gambar berukuran ’passport’ (dilekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan) ;
b) Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
c) Salinan Sijil Kerakyatan Terengganu sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu.
d) Salinan Sijil Persekolahan yang disahkan ; dan
e) Salinan dokumen kelayakan akademik berkaitan yang disahkan f) Pegawai sedang Berkhidmat hendaklah disertakan Laporan ’ SULIT’.

B) Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dikemukakan kepada:- YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN JALAN YAHAYA AHMAD 23000 DUNGUN, TERENGGANU.

C) Permohonan yang ditolak jika : 

(a) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan. 
(b) Tidak mengemukakan salinan kelayakan akademik yang berkaitan iaitu (ijazah,diploma,sijil) sebagaimana syarat lantikan. 
(c) Tidak lengkap atau tidak terang. 
(d) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan (bagi pegawai sedang berkhidmat) 
(e) Tidak ditandatangani 
iv) Taraf Jawatan : Tetap vi)

Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2017

D. MAKLUMAN I) Hanya calon-calon yang layak dan lulus asas tapisan akan dipanggil untuk menduduki Ujian Penilaian dan yang LULUS Ujian Penilaian sahaja dipanggil untuk temuduga.

 ii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh akhir temuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iii) Bagi calon-calon Pegawai Sedang Berkhidmat, kegagalan mengemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan menyebabkan calon tidak dipanggil temuduga.


Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun 



Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun 

Thursday, 21 January 2016

Jawatan Kosong Di Dual Metal Sdn Bhd 2016


Jawatan Kosong (update 15 Julai 2018)

DUAL METAL SDN BHD
LOT 8662 KAW PERINDUSTRIAN PULAU SERAI,
23000 DUNGUN TERENGGANU.

NO TEL : 098455581

Temuduga Terbuka

OPERATOR PENGELUARAN(LELAKI)

Umur :  18-25 Tahun
Kelulusan :PMR,SPM,STPM


TECHNICAL EXECUTIVE

Umur :  18-25 Tahun
KELULUSAN: DIPLOMA,IJAZAH


MAINTENANCE(LELAKI)

Umur : 18-25 Tahun
Kelulusan : SPM,STPM,SIJIL,SIJIL KEMAHIRAN

Tarikh:

Masa: 09.00 PAGI -1.00 TGHARI
Tempat: PEJABAT DUAL METAL SDN BHD

Sila Berpakaian Kemas

Sila bawa bersama sijil-sijil asal dan salinanya:-

-Kad Pengenalan
-Sijil lahir
-Sijil Pmr,Spm,Stpm dan lain lain sijil yang berkaitan
-Sekeping gambar berukuran passport


Permohonan tidak akan dilayan sekiranya tidak memenuhi keperluan diatas!!!

Lokasi:

https://maps.here.com/malaysia/kuala-dungun/business-services/dual-metal-sdn-bhd--458xjxn4-113667d2b0ed04f06c9600a14779f33e?x=ep&map=4.77981,103.39525,16,normal

* Sila telefon dahulu untuk membuat temujanji 
____________________________________________________________________________________


*Sedikit penerangan dari admin yang ingin dikongsi,syarikat ini milik penuh bumiputera 100%,Kilang DMSB mengeluarkan silinder gas untuk Petronas,syarikat ini amat menjaga kebajikan pekerjanya dengan menyediakan keperluan  makan dan minum secara percuma 3 kali sehari kepada kesemua pekerjanya.Pekerja syarikat ini juga akan dilindungi satu insuran khas selain Caruman KWSP dan Perkeso.








Monday, 18 January 2016

Hukum Bergurau Dengan Talak!!!

SOALAN INBOX:

Salam ustaz. .ada soalan.

Bab talak..Ttg seorang lelaki yg habaq pada kawan dia bila kawan dia tanya mana isteri dia
Dia bgtau..."aku dah cerai bini aku"..tanpa niat...tp niat nak tipu kawan dia je...
Persoalannya...adakah jatuh talak dgn lafaz sebegini...dan apakah kaedah yg dibuat jika sabit jatuh? Mohon pencerahan.
.

JAWAPAN:

1) Berdasarkan talak yang dilafazkan di atas maka jatuh lah talak satu, walaupun ia dilafazkan atas niat gurauan. Ini kerana lafaz talak dilafazkan secara jelas(sarih) bukan kiasan(kinayah).

2) Ulama bersepakat bahawa lafaz talak yang jelas(sarih) tidak memerlukan niat talak/cerai, iaitu ia tetap jatuh talak walaupun tanpa niat, hukum ini berdasarkan hadith Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " ثَلَاثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ : النِّكَاحُ ، وَالطَّلَاقُ ، وَالرَّجْعَةُ " . رواه أبو داود، والترمذي، وابن ماجه.

Maksudnya: Saidina Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, " Tiga perkara yang serius dianggap serius dan gurauannya juga dianggap serius, iaitu nikah, talak, dan rujuk”. (Hadith riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah)

3) Talak di atas dikira sebagai talak raj'ie iaitu hubungan suami isteri yang sudah bercerai yang masih ada peruntukkan untuk rujuk kembali selagi masih dalam iddah. Kalau iddah dah tamat dan ingin kembali semula maka perlu nikah semula dengan wajib memenuhi semua syarat dan rukun nikah.

4) Melainkan talak yang dilafazkan berbentuk talak "bainunah kubra" iaitu talak tiga, maka tiada lagi peruntukan rujuk.

5) Manakala lafaz yang berbentuk kiasan(kinayah) seperti "Kau bebas dari hidupku" atau "kita dah tak ada apa-apa lagi". Maka lafaz ini dikira jatuh talak jika si suami melafazkan kiasan ini dengan niat untuk menceraikan isterinya. Jika niat selain dari niat talak maka tiada jatuh talak

Wallahu a'lam
Sumber :Ustaz Abu Ruqayyah Ba 'Alawi

BEZA TALAK RAJ'IE & BAIN



SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz, terima kasih penjelasan pasal talak kinayah yg ustaz postkan…jelas dan paham. cuma saya keliru tentang talak raji'ie dan talak bain? mohon pencerahan ustaz.
.
JAWAPAN:
1) TALAK RAJ'IE: talak satu atau dua yang dilafazkan oleh suami. Suami boleh rujuk isterinya dalam tempoh iddah tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru.

2) TALAK BAIN: iaitu talak yang tidak boleh dirujuk oleh suami, namun isteri itu boleh dinikahi kembali dengan akad dan mas kahwin yang baru. Talak bain terbahagi kepada dua, iaitu talak bain sughra dan talak bain kubra:

i) Talaq bain (bainunah) sughra(kecil), iaitu apabila suami menceraikan isteri dengan talak raj'ie samaada satu atau dua kemudian tidak rujuk hingga tamat tempoh iddah. Begitu juga penceraian yang berlaku sebelum persetubuhan, penceraian dengan sebab ila'(bersumpah tidak mahu mengetubuhi isteri), fasakh dan khulu'(tebus talaq) dan suami atau isteri yang murtad.

ii) Talaq bain(bainunah) kubra(besar), iaitu talak 3 yang dilafazkan dengan satu lafaz atau talak raj'ie yang telah berlaku sebanyak 3 kali. Apabila terjatuhnya talak tiga, maka suami tidak boleh kembali mengahwini isterinya melainkan setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

a. Setelah iddah isteri selesai.

b. Bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.

c. Suami yang baru menyetubuhi bekas isteri itu.

d. Suami yang baru menceraikan bekas isteri.

e. Selesai iddah setelah bercerai dari suami baru.

3) Sebagai tambahan, terdapat satu lagi iaitu talak bain iaitu bain kekal(muabbad) iaitu pembubaran perkahwinan yang berlaku daripada proses li'an iaitu suami bersumpah 4 kali yang isterinya berzina. Penceraian melalui li'an maka antara suami dan isteri TIADA lagi peluang untuk rujuk atau nikah semula selama-lamanya, melalui apa cara sekali pun.

Wallahu A'lam
Sumber : Ustaz Abu Ruqayyah Ba 'Alawi

Soal Jawab Agama :Mandi Wajib Tiba-Tiba Terkencing

SOALAN INBOX:

Salam ustaz, macamana kalau tengah mandi wajib tiba-tiba terkencing, perlu ke saya ulang balik mandi tu?
.

JAWAPAN:

1)Menurut al-Imam al-Hisni di dalam karangannya 'Kifayatul Akhyar':

لو أحدث في أثناء الغسل جاز له أن يتم غسله ولا يمنع الحدث صحته، لكن لا يصلي حتى يتوضأ.

Maksudnya: "Jika seseorang itu berhadas ketika mandi (junub) maka dia harus menyempurnakan mandian itu dan hadas tidak menghalang sahnya mandian itu. Tetapi dia tidak boleh solat sehingga lah berwudu'".

2) Berdasarkan kenyataan di atas, sesiapa yang sedang mandi wajib tiba-tiba berhadas seperti kencing, terkentut,  sentuh kemaluan dengan telapak tangan atau sentuh isteri maka dalam ilmu fiqh perkara yang membatalkan wudu' tidak membatalkan mandi junub. Oleh dia boleh meneruskan mandian itu tanpa mengulangi anggota tubuh yang sudah dimandikan.

3) Akan tetapi sesiapa yang berhadas ketika sedang mandi maka mandi junubnya adalah sah, namun selepas itu jika dia ingin mengerjakan solat maka wajib lah berwudu' dahulu.
.

Wallahu A'lam
Sumber : Ust Abu Ruqayyah Ba 'Alawi

Soal Jawab Agama - WAJIB LENGKAPKAN AL-FATIHAH?

WAJIB LENGKAPKAN AL-FATIHAH?-

SOALAN INBOX

Salam ustaz, Sbg contoh klu imam baca fatihah pastu baca surah pendek kita tak sempat habiskan fatihah. Adakah kita perlu rukuk atau habiskan fatihah baru rukuk?
.

JAWAPAN

1) Jika seseorang makmum mengikuti imam dari awal lagi iaitu takbiratul ihram bersama imam, lalu imam memulakan rukuk dan makmum belum sempat menghabiskan al-Fatihah. Maka wajib baginya menghabiskan al-Fatihah sebelum imam melengkapkan dua rukun iaitu rukuk dan kemudian iktidal.

2) Sebelum imam memulakan sujud(setelah iktidal) maka dia wajib rukuk walaupun al-Fatihah belum sempurna. Jika dia masih meneruskan al-Fatihah ketika imam sudah mula sujud maka solatnya batal melainkan dia berniat mufaraqah dari imam. Kerana dalam mazhab Syafi'ie, lewat mengikuti imam atau mendahuluinya sebanyak dua rukun antara perkara yang membatalkan solat.

3) Situasi di atas bagi makmum yang normal, namun bagi makmum yang mempunyai keuzuran iaitu masalah bacaan seperti orang gagap membaca al-Fatihah dalam tempoh yang terlalu lambat, maka menurut ulama mazhab syafi'ie golongan ini diberi kelonggaran untuk menghabiskan al-Fatihah dalam tempoh TIGA rukun solat yang panjang iaitu 'rukuk' dan 'sujud'(manakala 'iktidal' dan 'duduk antara dua sujud' adalah rukun yang pendek).

4) Jika seeorang itu masbuq iaitu terlewat mengikuti imam sebagai contoh imam sudah selesai membaca al-fatihah dan dia baru bertakbiratul ihram. Dalam situasi ini apabila imam sudah mula rukuk maka dia tidak wajib melengkapkan al-Fatihah, namun disunatkan rukuk bersama-sama imam walaupun al-fatihah tidak sempurna kerana ini kelonggaran bagi makmum yang lewat.

5) Makmum yang lewat masuk jemaah tidak disunatkan membaca doa iftitah kerana keutamaan perlu berikan kepada yang wajib iaitu bacaan al-Fatihah.

Rujuk: فتح العلام بشرح مرشد الأنام
.

Wallahu A'lam
Sumber : Al fadhil Ustaz Abu Ruqayyah Ba 'Alawi