Sunday, 17 January 2016

Bahaya Ubat Tradisional Cina


#APA_YANG_ANDA_MAKAN_SEBENARNYA?

Kepada penggemar ubat ubatan Cina...berhati-hatilah menggunakan produk-produk tersebut.
Ubatan  ini tidak diregulasi dan kandungan bahan-bahan terlarang dan racun amat membimbangkan.

Kajian terbaru dari Australia ini mendapati 90% daripada ubat-ubtan Cina mengandungi bahan terlarang dan tidak selamat untuk digunakan!

Secara tradisi ubatan Cina mengandungi steroid pada tahap membahayakan. Namun ada banyak lagi bahan-bahan berbahaya di dalamnya seperti logam berat merkuri, plumbum, cadmium dan arsenik yang boleh menyebabkan kanser!
Juga terdapat ubat-ubatan kimia moden yang digunakan sebagai sebatian penghasilan ubatan Cina ini seperti paracetamol, viagra, warfarin pada dos yang tidak diregulasi yang boleh memudaratkan.

Lebih meloyakan, terdapat DNA katak, ular, kucing, anjing, tikus dan binatang2 lain di dalam ubat-ubatan Cina ini.

Kajian ini telah terbit di dalam journal berimpact factor tertinggi Nature.

Jadi, sudah-sudahlah ponteng makan ubat-ubatan yang doktor berikan kononnya kerana makan ubat2an Cina yang mengandungi pelbagai pencemaran dan racun.

http://www.ibtimes.com.au/traditional-chinese-medicines-australia-use-illegal-substances-not-safe-use-1492022

Sumber : Dr Abdul Rahman(Dr Pakar)

0 comments:

Post a Comment