SOALAN INBOX:
Salam ustaz, macamana kalau tengah mandi wajib tiba-tiba terkencing, perlu ke saya ulang balik mandi tu?
.
JAWAPAN:
1)Menurut al-Imam al-Hisni di dalam karangannya 'Kifayatul Akhyar':
لو أحدث في أثناء الغسل جاز له أن يتم غسله ولا يمنع الحدث صحته، لكن لا يصلي حتى يتوضأ.
Maksudnya: "Jika seseorang itu berhadas ketika mandi (junub) maka dia harus menyempurnakan mandian itu dan hadas tidak menghalang sahnya mandian itu. Tetapi dia tidak boleh solat sehingga lah berwudu'".
2) Berdasarkan kenyataan di atas, sesiapa yang sedang mandi wajib tiba-tiba berhadas seperti kencing, terkentut, sentuh kemaluan dengan telapak tangan atau sentuh isteri maka dalam ilmu fiqh perkara yang membatalkan wudu' tidak membatalkan mandi junub. Oleh dia boleh meneruskan mandian itu tanpa mengulangi anggota tubuh yang sudah dimandikan.
3) Akan tetapi sesiapa yang berhadas ketika sedang mandi maka mandi junubnya adalah sah, namun selepas itu jika dia ingin mengerjakan solat maka wajib lah berwudu' dahulu.
.
Wallahu A'lam
Sumber : Ust Abu Ruqayyah Ba 'Alawi
Monday, 18 January 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment