Monday 18 January 2016

BEZA TALAK RAJ'IE & BAIN



SOALAN INBOX:

Assalamualaikum ustaz, terima kasih penjelasan pasal talak kinayah yg ustaz postkan…jelas dan paham. cuma saya keliru tentang talak raji'ie dan talak bain? mohon pencerahan ustaz.
.
JAWAPAN:
1) TALAK RAJ'IE: talak satu atau dua yang dilafazkan oleh suami. Suami boleh rujuk isterinya dalam tempoh iddah tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru.

2) TALAK BAIN: iaitu talak yang tidak boleh dirujuk oleh suami, namun isteri itu boleh dinikahi kembali dengan akad dan mas kahwin yang baru. Talak bain terbahagi kepada dua, iaitu talak bain sughra dan talak bain kubra:

i) Talaq bain (bainunah) sughra(kecil), iaitu apabila suami menceraikan isteri dengan talak raj'ie samaada satu atau dua kemudian tidak rujuk hingga tamat tempoh iddah. Begitu juga penceraian yang berlaku sebelum persetubuhan, penceraian dengan sebab ila'(bersumpah tidak mahu mengetubuhi isteri), fasakh dan khulu'(tebus talaq) dan suami atau isteri yang murtad.

ii) Talaq bain(bainunah) kubra(besar), iaitu talak 3 yang dilafazkan dengan satu lafaz atau talak raj'ie yang telah berlaku sebanyak 3 kali. Apabila terjatuhnya talak tiga, maka suami tidak boleh kembali mengahwini isterinya melainkan setelah memenuhi syarat-syarat berikut:

a. Setelah iddah isteri selesai.

b. Bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain.

c. Suami yang baru menyetubuhi bekas isteri itu.

d. Suami yang baru menceraikan bekas isteri.

e. Selesai iddah setelah bercerai dari suami baru.

3) Sebagai tambahan, terdapat satu lagi iaitu talak bain iaitu bain kekal(muabbad) iaitu pembubaran perkahwinan yang berlaku daripada proses li'an iaitu suami bersumpah 4 kali yang isterinya berzina. Penceraian melalui li'an maka antara suami dan isteri TIADA lagi peluang untuk rujuk atau nikah semula selama-lamanya, melalui apa cara sekali pun.

Wallahu A'lam
Sumber : Ustaz Abu Ruqayyah Ba 'Alawi

0 comments:

Post a Comment