Kononnya kini orang ramai diseru supaya jangan mengambil ubat paracetamol jika deman atau sakit kepala.
Sumber bagi amaran ini adalah sumber copypaste. Cik Copypaste pula dapat info dari suaminya. Suaminya pula dapat info dari 'doktor' yang bekerja di hospital yang tidak dinamakan.
Demikianlah jahilnya masyarakat kita. Apa saja info karut yg mereka perolehi akan disebarkan tanpa mereka mengkaji dan menyelidik dahulu jika sahih atau benar pemberitaannya.
Paracetamol atau Panadol adalah merupakan ubat demam dan juga ubat yang melegakan kesakitan yang amat berguna kepada manusia. Ia telah digunakan di dunia hampir 70 tahun. Setiap sesuatu ubatan itu jika diambil pada kuantiti yang berpatutan adalah ubat. Tetapi jika diambil berlebihan adalah racun. Hatta oksigen pun jika berlebihan adalah merupakan racun bagi manusia!
Paracetamol juga tidak terkecuali. Jika diambil pada dos yang berlebihan, ia boleh menjadi racun yang memudaratkan. Namun kuantiti pengambilan paracetamol yang diberikan oleh doktor adalah dos yang sangat minimal dan berada pada julat terapeutik bukan pada dos yang memudaratkan organ hati dan nyawa.
Secara rambangnya, dos toksik yang memudaratkan kesihatan bagi orang dewasa adalah sebanyak 7.5-10g sehari (anggaran 15 biji hingga 20 biji sehari, anda makan panadol banyak macam ni ka?).
Bagi kanak2, dos bahaya adalah 150mg/kg berat badan.
Doktor akan memberi ubat berdasarkan dos yang selamat yang telah direkomendasi. Kebiasaannya dos paracetamol yg dipreskripsi bagi orang dewasa tidak akan melebih 3g setiap hari (2 biji sekali makan, 3 kali sehari sahaja.
Dan jika pesakit mempunyai risiko masalah hati seperti hepatitis, alcoholic dan sebagainya, doktor akan cuba mengelak untuk menggunakan paracetamol sama sekali.
Oleh itu amat menghairankan apabila sumber berita fb itu (kononnya 'doktor') menyarankan orang ramai tidak memakan Paracetamol sebaliknya menggunakan ubat Cina.
Ubat2an Cina kebiasaannya mempunyai kandungan steroid yang membawa kepada pelbagai kemudaratan yang lain sebenarnya. Saya fikir nasihat sebegitu adalah tidak mungkin terpacul dari mulut seorang doktor melainkan doktor itu adalah doktor palsu.
Konsentrasi paracetamol di dalam plasma darah akan hilang dengan segera. Kajian membuktikan 98% dari paracetamol akan dilupuskan dari badan setelah hanya 24 jam sahaja. Saya tidak pasti dari mana info diperolehi bahawa paracetamol akan tinggal dalam tubuh selama 5 tahun.
Depa ingat paracetamol ni bahan radiasi ke apa boleh stay dalam badan selama itu?
Pada akhirnya saya amat keliru. Mereka mengatakan bahawa Paracetamol tidak elok. Selepas tu mereka kata adakah sanggup wanita yg operation bersalin menerima dadah seperti morphine untuk mengurangkan kesakitan?
Habis tu, wanita yang kesakitan bersalin nak bagi apa? Dadah kumpulan morphine (opiates) pun tak boleh kasi, Panadol pun bahaya. So? Sapu minyak cap kapak saja la kat luka operation tu agaknya.
#Kesimpulan:
1. Setiap ubatan adalah ubat jika diambil pada kuantiti yang selamat mengikut preskripsi dan rekomendasi farmaseutikal.
2. Jika diambil pada kuantiti melampau semua benda boleh menjadi racun.
3. Panadol adalah selamat jika diambil pada dos yang selamat.
4. Berhati2 dalam copypaste dan share maklumat perubatan di media sosial. Anda menanggung dosa atas setiap kemudaratan yang anda sebabkan walaupun hanya sekadar copypaste. ;)
Nota: Artikel ini direpost semula memandangkan mitos mengenai Panadol ini masih diterbitkan oleh blog2 dan berkitaran di media sosial.
Boleh rujuk mitos tersebut di sini: http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/01/jangan-ambil-panadol-actifast-atau.html?m=1
Sumber :
0 comments:
Post a Comment