A. CARA MEMOHON
i) Setiap permohonan
hendaklah menggunakan Borang yang boleh didapati di Jabatan Khidmat Pengurusan
Majlis Perbandaran Dungun ATAU dengan menghantar sampul surat berukuran 22cm x
35cm yang bersetem dan beralamat sendiri ATAU dengan memuat turun daripada
laman web http://mpd.terengganu.gov.my.
ii) Borang permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen
berikut :
a) Gambar berukuran ’passport’ (dilekatkan pada penjuru
kanan Borang Permohonan) ;
b) Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan
c) Salinan Sijil Kerakyatan Terengganu sekiranya pemohon
lahir di luar Negeri Terengganu.
d) Salinan Sijil
Persekolahan yang disahkan ; dan
e) Salinan dokumen kelayakan akademik berkaitan yang
disahkan f) Pegawai sedang Berkhidmat hendaklah disertakan Laporan ’ SULIT’.
B) Borang yang telah diisi selengkapnya hendaklah ditulis
nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan hendaklah
dikemukakan kepada:- YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN JALAN YAHAYA AHMAD
23000 DUNGUN, TERENGGANU.
C) Permohonan yang
ditolak jika :
(a) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan.
(b) Tidak
mengemukakan salinan kelayakan akademik yang berkaitan iaitu
(ijazah,diploma,sijil) sebagaimana syarat lantikan.
(c) Tidak lengkap atau
tidak terang.
(d) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan (bagi pegawai sedang
berkhidmat)
(e) Tidak ditandatangani
iv) Taraf Jawatan : Tetap vi)
Tarikh Tutup Permohonan : 14 April 2017
D. MAKLUMAN I) Hanya calon-calon yang layak dan lulus asas
tapisan akan dipanggil untuk menduduki Ujian Penilaian dan yang LULUS Ujian
Penilaian sahaja dipanggil untuk temuduga.
ii) Pemohon yang
tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh akhir temuduga
hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
iii) Bagi calon-calon Pegawai Sedang Berkhidmat, kegagalan
mengemukakan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi akan
menyebabkan calon tidak dipanggil temuduga.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun
0 comments:
Post a Comment